PERASMIAN KRT TAMAN SRI AMAN OLEH YANG BERHORMAT DATO' WIRA MOHD JOHARI BAHROM, TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN ASAS TANI
PENGERUSI KRT
PENGERUSI: EN ABDULLAH HJ.AWANG
Wednesday, February 27, 2013
Monday, February 11, 2013
Program Mesra Jiran - SENAMROBIK
Program senamrobik telah diadakan pada Jumaat 8 Februari 2013 di Dataran Sri Aman yang dirasmikan oleh Pengarah JASA Kedah En. Shahrul Anuar Roze. Pogram ini dijayakan bersama pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Kedah sebagai jurutunjuk senamrobik.
Mesyuarat JK Keselamatan SRS KRT
Mesyuarat Jawatankuasa kecil Keselamatan SRS KRT Taman Sri Aman pada Selasa 29 Januari 2013 d Restoran Santai, Jitra.
Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Sri Aman
Mesyuarat Kawasan Rukun Tetangga Bil 01/2013 telah diadakan pada Selasa, 15 Januari 2013 di Restoran Dusun Permai, Jitra.
Saturday, February 9, 2013
Pogram Malam Mesra Gong Xi Fa Chai
Pogram ini diadakan pada 9 Feb 2013 di Lorong 2/1/2 yang dihadiri oleh penduduk Taman Sri Aman. Majlis bermula pada 9 malam.
Friday, February 18, 2011
MESYUARAT BIL 01/2011
Mesyuarat kali pertama dalam tahun 2011 telah diadakan pada 14 Februari 2011 di Surau Tok Keramat. Seramai 22 ahli jawatankuasa hadir, dan disertai wakil dari pihak e-idaman iaitu En. Afzainizam, En Azli dan En. Fisal. Tujuan utama mesyuarat banyak membincangkan keceriaan taman bersama pihak e-idaman. Pihak e-idaman akan mula mengambil sampah menggunakan lori dari rumah ke rumah bermula Mac ini, setelah kami mengadakan gotong royong perdana yang dijadualkan pada 26/02/2011. Sehubungan dengan itu, pusat pengumpulan sampah berpusat akan di tutup. Pihak penduduk perlu memantau jika terdapat orang luar yang membuang sampah di situ selepas ianya di tutup.
Wednesday, February 9, 2011
SYABAS PASUKAN PETUGAS E-IDAMAN
Pihak AJK KRT Taman Sri Aman mewakili semua penduduk mengucapkan syabas dan tahniah pada pihak E-Idaman terutama En. Afzainizam Bin Ab Rahim dari Jabatan Komunikasi Korporat yang telah memberikan segala penuh perhatian terhadap masalah kami. Sekarang kami sudah mempunyai 4 buah tong sampah, dua daripadanya adalah tong baru. Pihak kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada En. Karan, pekerja E-Idaman yang bekerja dengan penuh dedikasi bagi memastikan sampah dikutip pada setiap hari. Semoga beliau mendapat penghargaan sewajarnya daripada pihak pengurusan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




































