PENGERUSI KRT

PENGERUSI KRT
PENGERUSI: EN ABDULLAH HJ.AWANG

Friday, February 18, 2011

MESYUARAT BIL 01/2011






Mesyuarat kali pertama dalam tahun 2011 telah diadakan pada 14 Februari 2011 di Surau Tok Keramat. Seramai 22 ahli jawatankuasa hadir, dan disertai wakil dari pihak e-idaman iaitu En. Afzainizam, En Azli dan En. Fisal. Tujuan utama mesyuarat banyak membincangkan keceriaan taman bersama pihak e-idaman. Pihak e-idaman akan mula mengambil sampah menggunakan lori dari rumah ke rumah bermula Mac ini, setelah kami mengadakan gotong royong perdana yang dijadualkan pada 26/02/2011. Sehubungan dengan itu, pusat pengumpulan sampah berpusat akan di tutup. Pihak penduduk perlu memantau jika terdapat orang luar yang membuang sampah di situ selepas ianya di tutup.

Wednesday, February 9, 2011

SYABAS PASUKAN PETUGAS E-IDAMAN


Pihak AJK KRT Taman Sri Aman mewakili semua penduduk mengucapkan syabas dan tahniah pada pihak E-Idaman terutama En. Afzainizam Bin Ab Rahim dari Jabatan Komunikasi Korporat yang telah memberikan segala penuh perhatian terhadap masalah kami. Sekarang kami sudah mempunyai 4 buah tong sampah, dua daripadanya adalah tong baru. Pihak kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada En. Karan, pekerja E-Idaman yang bekerja dengan penuh dedikasi bagi memastikan sampah dikutip pada setiap hari. Semoga beliau mendapat penghargaan sewajarnya daripada pihak pengurusan.

Thursday, January 13, 2011

MASALAH SAMPAH - KAMI TRAUMA


Emel telah dihantar pada pihak MDKP dan E-Idaman serta pihak yang bertanggung jawab di pejabat SUK (kerajaan Tempatan). Kami harap masalah ini akan selesai kerana taman kami merupakan taman yang paling dekat dengan jajaran institusi pendidikan seperti ILP, Politeknik, Maktab Perguruan dan IAB. Ramai penyewa taman kami adalah adik-adik dari tempat tersebut, jadi kami pohon agar kawasan rumah kami sentiasa bersih dari longgokkan sampah yang boleh menyebabkan penyakit seperti taun. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membakar sampah tersebut, mungkin kerana marah yang teramat sangat dengan keadaan pemandangan yang menjijikan. Kami pohon disediakan 2 tong sampah besar dalam kawsan perumahan kami. Sekarang ini hanya ada satu tong kecil sahaja di 2 tempat berasingan. Apabila tempat pembuangan sampah di pasar malam di tutup, tempat kami menjadi mangsa, semua sampah dari kedai dan kawasan perumahan lama Taman Osman Aroff juga membuang sampah disitu. Sampah biasanya akan dilonggokkan selama lebih dari seminggu sebelum jentolak dikerah untuk membuang sampah tersebut. Kami pohon pihak berkuasa prihatin terutama pihak E-Idaman agar dapat membantu kami mengekalkan keadaan bersih seperti sediakala sebelum ini.